Thursday 25 July 2013

MINGGU ULANGKAJI UPPM 2

Bermula 22 Julai 2013 hingga 27 Julai 2013 adalah minggu ulangkaji bagi menghadapi UPPM 2 yang akan diadakan pada 29 Julai 2013 hingga 31 Julai 2013 dan  1 dan 2 Ogos 2013. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan UPPM 2 adalah pelajar Darjah 1,2,3,4,dan 5. Diucapkan Selamat Mengulangkaji untuk pelajar-pelajar semua semoga pelajar-pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPPM 2. BIT TAUFIK WANNAJAH INSYAALAH

Wednesday 24 July 2013

RAMADAN BULAN BARAKAH DAN MULIA

KU MENGHARAPKAN RAMADAN KALI INI PENUH MAKNA....AMIN.....

SALAM PERSAUDARAAN DAN PERKENALAN

Assalamualaikum wbt kepada saudara dan saudari yang sudi melawat di laman maya ini. Sempena Ramadan Yang Mulia dan Barakah ini suka saya ingatkan kepada semua saudara-saudara betapa bersyukurnya kita dapat menjalani ibadah puasa dan kehidupan seharian kita dengan khusyuk tenang dan bahagia..Alhamdulillah kerana dengan nikmat dan Inayah Allah swt, negara kita "BUMI MALAYSIA" dalam keadaan aman, harmoni lagi dipayungi kasih dan Rahmat Yang Maha Esa. Syukur yang tidak terhingga. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama tingkatkan kualiti amalan dan ibadah kita sempena bulan yang mulia ini agar ianya akan menjadi suatu kelaziman kepada kita untuk meneruskan lagi pada bulan-bulan yang akan datang..Akhir kata semoga saudara dan saudari berada dalam payungan kasih dan Rahmat Allah SWT dan para Rasul. Terimalah halwa pena dari Hamba Allah yang lemah ini:

ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI,
RASULULLAH TELADAN KAMI,
AL-QURAN PEDOMAN HIDUP KAMI,
JIHAD ADALAH JALAN JUANG KAMI,
MATI DI JALAN ALLAH ADALAH CITA-CITA KAMI TERTINGGI.

SEKIAN....MAHA SUCI ALLAH......SEGALA PUJI BAGI ALLAH.....ALLAH MAHA BESAR......


MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan sempena bulan ramadan yang mulia ini. Ketetapannya adalah seperti berikut:
Hari: Jumaat
Tarikh: 2 Ogos 2013
Tempat: Dewan S.A.FELDA SRI JAYA