بسم الله الرحمن الرحيم
سجاره فنديديقن اضام جوهر
Sekolah Agama Kerajaan Johor
merupakan sekolah-sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan
Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Sekolah Agama Kerajaan
Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum
Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di
negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara percuma bagi
memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur,
sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah. Kini, Sekolah Agama Johor telah
diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa
yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran
pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehingga tahun 2002 jumlah murid ialah 212,030
orang yang melibatkan 3,168 orang guru.
Objektif
*Mengenal, mempelajari, memahami, dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.
* Dapat membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan
* Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.
* Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi serta dapat mempertahankannya.
* Mempelajari, memahami dan memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan dan tulisan.
* Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.
Syarat-syarat kemasukan
* Beragama Islam
* Berumur 7 tahun pada tahun berkenaan
Kurikulum
Tahap I ( Darjah I, II, III ) Tahap II ( Darjah IV, V, VI )

Ko-kurikulum
Kegiatan ko-kururikulum dijalankan secara berterusan sepanjang tahun di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
* Perujian Tilawah Al-Quran murid-murid lelaki dan perempuan
* Pertandingan syarahan Bahasa Arab
* Pertandingan mentafsir ayat Al-Quran
* Pertandingan membaca berzanji
* Pertandingan tahfiz Al-Quran
* Pertandingan tarhim, azan dan iqamah
* Perujian seni khat.
Struktur Pembelajaran

* Hari persekolahan 5 hari seminggu
* Masa pembelajaran: 7.30 - 12.00 tengahari (sesi pagi) 2.00 - 6.30 petang (sesi petang)
* Jam pertemuan: Tahap I - 1 jam 30 minit sehari Tahap II - 3 jam sehari
* Tempoh pembelajaran: 6 tahun
* Jumlah murid bagi setiap kelas: antara 20 - 39 orang.
* Kedudukan umur, darjah dan masa belajar:
Halatuju Sekolah Agama Kerajaan Johor
* Bagi yang lulus, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Darjah Khas Agama di samping meneruskan pengajiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan
* Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1, Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor
Matlamat Pendidikan Islam
Melahirkan generasi muslim, mukmin, yang terpelajar, terdidik, intelektual dan bertakwa yang mempunyai kesedaran diri sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi Allah melalui proses pendidikan rohani, emosi, intelek, jasmani dan amali yang bersepadu dan seimbang sehingga tercapai hasanah di dunia dan di akhirat
Falsafah Pendidikan Islam Negeri Johor
1920 Nama Sekolah Al-Quran ditukar kepada Sekolah Kitab dengan penambahan matapelajaran Al-Quran, Tauhid, Ibadat dan Tasauf.
1923 Nama Sekolah Kitab ditukar kepada Sekolah Agama Petang dengan penambahan matapelajaran Muamalat, Munakahat, Faraid, Jenayah, Akhlak, Tarikh, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
1923 Kelas ' Darjah Khas ' diwujudkan sebagai satu - satunya lanjutan Sekolah Agama Petang.
1960 Maahad Johor ditubuhkan sebagai pusat pengajian IV Thanawi di negeri Johor.
1965 Nama Sekolah Agama Petang ditukarkan kepada Sekolah Agama Kerajaan Johor.
1988 Penubuhan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
1994 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA)
1997 Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab iaitu MARSAH
1998 Pelarasan umur 7 tahun bagi kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor
1999 Pelaksanaan Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB )
2001 Penubuhan Tadika Agama Johor (TAJ)
Objektif
"Menyedia dan memberi kemudahan pelajaran pembelajaran serta mengamalkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dan meningkatkan kefahaman Islam keperingkat yang lebih tinggi daripada sudut membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah"
Visi
Menyediakan dan mengurus pendidikan Islam yang bersistematik dan berterusan sebagai wadah untuk membentuk dan membina generasi muslim yang berkualiti lagi komited bagi memastikan agar kelangsungan umat Islam pada masa hadapan terus terpelihara dan terurus.
Misi
Mencerap kesedaran dan rasa pertanggungjawaban setiap anggota masyarakat terhadap kepentingan pendidikan Islam dalam membentengi dan memperkasakan diri daripada berbagai kemelut cabaran dan gejala negatif yang meruntuh status kemuliaan insan
Melahirkan anak-anak didik yang celik agama, berilmu, beriman, beramal, berakhlak murni dan berketerampilan menerusi program pendidikan yang terancang, bertahap dan berkesan.
Mengurus dan menyediakan barisan para pendidik yang mencukupi, berkelayakan, berkemahiran, berwibawa serta berkeupayaan tinggi dalam menghadapi apa juga cabaran dan hambatan.
Menyediakan kemudahan dan keselesaan prasarana pendidikan secara berterusan bagi memenuhi hasrat setiap peringkat masyarakat di seluruh Negeri Johor.
SEKIAN.....
MAHA SUCI ALLAH.....SEGALA PUJI BAGI ALLAH.....ALLAH MAHA BESAR